Monday 30 January 2012

Krisis Penyembuhan

Apakah kesan sampingan disebabkan oleh minuman eXfuze Seven+ ini?
Ianya tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kerana ia adalah ekstrak dari buah-buahan. Akan tetapi kita mungkin akan mengalami sedikit kesan yang disebabkan oleh “Krisis Penyembuhan”.
Apakah itu “Krisis Penyembuhan”?
Krisis Penyembuhan” adalah apabila badan kita mencuba untuk menyahtoksik racun keluar dari badan dengan kadar yang lebih cepat dari keupayaan tubuh kita. Lebih banyak kadar racun yang akan disingkirkan lebih ketara lagi kesan tindakbalas yang akan berlaku. Selalunya keadaan sebegini berlaku dalam minggu pertama selepas kita menggunakan minuman ekstrak eXfuze Seven+ ini.
Apakan tanda-tanda “Krisis Penyembuhan”?
Diantara tanda-tandanya adalah seperti kurang selesa, sakit sendi, sakit perut, kekejangan, sakit kepala, demam, kerap buang air kecil, kahak keluar dengan sendiri, tekanan darah menjadi rendah, ruam, kandungan gula dalam darah menjadi sedikit tinggi dari kebiasaan, selesema, resah, emosi menjadi tidak stabil dan lain-lain kesan yang mungkin berlaku mengikut dayatahan dan sejarah lampau individu.
Apa yang Saya Perlu Buat Apabila Terjadinya Simptom Tersebut?
Banyakkan minum air kosong bagi melancarkan proses pembuangan toksik. Jika kesan tersebut tidak mengurang setelah langkah-langkah di atas diambil, jangan berhenti tetapi kurangkan sedikit dos pengambilan dari ¾ oz ke ½ oz sehari.
Mustahak : Pastikan kesihatan anda di dalam keadaan yang baik dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jangan membuat andaian yang simptom-simptom tersebut adalah “krisis penyembuhan”. Anda mungkin ada menghadapi masalah kesihatan juga.

No comments:

Post a Comment