Malam
Pertama:
Keluar
dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,
mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke
2:
Diampunkan
dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke
3:
Berseru
Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih
terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke
4:
Memperolehi
pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke
5:
Allah
kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid
Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke
6:
Allah
kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur
(70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
tarawih pada malam ini.
Malam Ke
7:
Seolah-olah
ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang
musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam Ke
8:
Allah
mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam Ke
9:
Allah
kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke
10:
Allah
Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke
11:
Keluar
ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam Ke
12:
Datang
ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke
13:
Datang
ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan
keburukan.
Malam Ke
14:
Datang
Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya
pada hari Qiamat.
Malam Ke
15:
Semua
Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah
mengampunkan.
Malam Ke
16:
Allahsubhanahuwata’ala
tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam Ke
17:
Allah
kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala
Nabi-Nabi.
Malam Ke
18:
Seru
Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan
ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke
19:
Allah
Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke
20:
Allah
kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang
solihin.
Malam Ke
21:
Allah
binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke
22:
Datang
ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah
dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke
23:
Allah
SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke
24:
Allah
buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali
berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke
25:
Allah
Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke
26:
Allah
kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun
ibadat.
Malam Ke
27:
Allah
kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian
Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke
28:
Allah
Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke
29:
Allah
Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke
30:
Allah
Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir
ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada
telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar'.
No comments:
Post a Comment