Monday, 8 August 2011

Petua Berjimat Ke Bazar Ramadhan


Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips yang kemungkinan amat berguna kepada kita walaupun nampak remeh. Bila kita sebut Bazar Ramadhan maka terbayanglah kuih-muih, lauk-pauk dan segala juadah yang terjual. Ketika ini rambang mata nak membeli juadah berbuka puasa kalau diikut hati mau diangkutnya semua juadah di setiap gerai yang menjual.

Maka di waktu dan ketika ini perlulah anda praktikkan petua ini. Apa yang anda perlu buat sebelum ke Bazar Ramadhan ambil sekeping duit RM10 atau sepuluh keping RM1 dari wallet anda. Guna duit ini untuk membeli jangan bawa sekali dengan wallet (pastikan simpan baki dan wallet di tempat yang selamat). Apabila ke Bazar Ramadhan nanti tidaklah kita membeli lebih dari had. Membeli secara berlebihan mengundang pembaziran jadi dengan cara ini kita lebih berhemah dalam berbelanja.

Lagipun kita tak perlu bimbang selama sebulan kita berpuasa lebih kurang menu yang sama dijual di Bazar Ramadhan. Jadi kita boleh atur menu di setiap gerai selama tempoh ramadhan ini. Kan lebih teratur perut pun takda la nak kena sumbat lebih dari had kan sampai tak terbangun macam ular sawa.

Semasa membeli perlu ditekankan kebersihan dalam penyediaan makanan kerana ini memberi kesan kepada ibadah kita. Semoga di bulan ramadhan ini kita dapat menjalankan ibadah dengan lebih keberkatan. InsyaAllah....

*Petua dari bonda tercinta :)

No comments:

Post a Comment